Selasa, 22 Julai 2008

MOTIVASI#2

Sebab Apa Kita Perlu Percaya Pada Diri Sendiri

Kita akan rasa 'down' setiap kali orang mengkritik kita, apa yang kita buat dan apa yang kita impikan. Setiap perkataan mereka menghiris hati, menurunkan semangat.Tetapi, andai di minda kita tetap mahu mencapai kejayaan dalam pelajaran, kerjaya dan perniagaan, kita perlu tahan hati, mesti mau sabar melupakan segala apa yang mereka katakan.Di sinilah sebab mengapa kita perlu percaya pada diri sendiri dalam mengusahakan sesuatu. Setelah Anda tahu apa yang Anda mahu capai, Anda perlu bina kepercayaan yang Anda boleh melakukannya.Elak rasa takut. Sebenarnya, takut hanya akan menghalang Anda untuk terus berusaha, membuat Anda bagai tertahan-tahan dari menyerlahkan potensi sebenar. Beranikan diri, buat saja!Anda perlu percaya, sesuatu yang nampak mustahil sebenarnya boleh dilakukan. Andai orang lain boleh melakuannya, mengapa tidak Anda? Ini bukan membandingkan diri dengan sesiapa, tapi meniru semangat, inspirasi serta keberanian mereka. Kita tak perlu takut, sebab bila berdepan dengan ketakutan itu, kita akan menemui keberanian.Orang yang belajar berenang takkan pandai berenang jika dia tidak terus terjun ke kolam renang lalu terkapai-kapai mengapungkan diri. Bila dia kelam kabut menolak kaki dan menggerakkan walaupun dalam keadaan panik, lama-kelamaan dia akan perasan badannya mula mengapung lalu dari situ dia mengatur gerak supaya badannya terus terapung dan bergerak di dalam air.Orang yang belajar memandu kereta takkan pandai memandu jika dia tidak terus memegang stereng, menekan pedal minyak lalu memasukkan gear untuk menggerakkan kereta.Dia takkan tahu bila dia tak buat. Dia buat, supaya dia tahu, lalu dari situ timbul kepercayaan yang dia boleh buat. Sama juga dengan Anda, buat dulu, baru timbul kepercayaan yang Anda boleh buat.Kita perlu percaya dengan kebolehan diri, bakat yang ada dan potensi diri sendiri dalam usaha memburu kejayaan. Orang lain takkan fahami diri kita, hanya kita seorang saja yang benar-benar faham. Sebab itu, kita perlu percaya dengan potensi diri sendiri. Lawan ketakutan tu.Orang lain biasanya akan terus mengkritik. Seandainya kita mengikut kritikan yang mereka cakapkan, pasti kita takkan tahu apa yang kita mahu capai dan pasti kita hanya akan mengikut telunjuk orang lain.Akhirnya, kita tak tahu ke mana mahu di tuju lalu hidup kita berakhir tanpa pencapaian apa-apa. Itu berlaku kerana kita tidak percaya dengan kebolehan diri, bakat serta potensi yang ada.Anda perlu gali kekuatan Anda, tahu bakat Anda dan fahami potensi Anda. Orang lain takkan menggali ketiga-tiganya untuk Anda, mesti Anda yang menggalinya sendiri.Ada kuasa terpendam dalam diri kita semua. All you have to do in RELEASE it!Lepaskan saja 'kuasa' tu. Biar ia tunjukkan jalan kejayaan pada Anda!

Tiada ulasan: