Ahad, 20 Julai 2008

MALCON 3 SELAMAT SAMPAI DI LUBNAN

Hari ini Ahad 20 Jul 2008, kumpulan pertama MALCON 3 memulakan hari pertama mereka di bumi Lubnan. Sesampainya mereka di Kem MALCON di Kaokaba ini, kumpulan tersebut telah disambut meriah oleh Komander dan warga MALCON 2. Ketibaan mereka telah diketuai oleh Kol Ezam selaku Komander MALCON 3 diiringi dengan 7 buah bas UNIFIL yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Rafik Hariri di Beirut pada jam 7 ptg. Mereka telah sampai di Kem MALCON pada jam 12.30 pg dan diberikan jamuan makan malam sebelum diarah untuk memunggah barangan dan peralatan yang dibawa menggunakan kontena UNIFIL. Kumpulan terakhir MALCON 3 akan tiba di Lubnan pada 29 Jul 2008, seterusnya mengambil alih tugas daripada MALCON 2. Manakala bagi kumpulan pertama MALCON 2 pula, mereka kini telah berlepas ke Malaysia pada jam 3 pg waktu tempatan dengan kekuatan seramai 160 pegawai dan anggota. Penerbangan dari Beirut itu akan terus mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Tiada ulasan: