Selasa, 22 Julai 2008

MOTIVASI#2

Sebab Apa Kita Perlu Percaya Pada Diri Sendiri

Kita akan rasa 'down' setiap kali orang mengkritik kita, apa yang kita buat dan apa yang kita impikan. Setiap perkataan mereka menghiris hati, menurunkan semangat.Tetapi, andai di minda kita tetap mahu mencapai kejayaan dalam pelajaran, kerjaya dan perniagaan, kita perlu tahan hati, mesti mau sabar melupakan segala apa yang mereka katakan.Di sinilah sebab mengapa kita perlu percaya pada diri sendiri dalam mengusahakan sesuatu. Setelah Anda tahu apa yang Anda mahu capai, Anda perlu bina kepercayaan yang Anda boleh melakukannya.Elak rasa takut. Sebenarnya, takut hanya akan menghalang Anda untuk terus berusaha, membuat Anda bagai tertahan-tahan dari menyerlahkan potensi sebenar. Beranikan diri, buat saja!Anda perlu percaya, sesuatu yang nampak mustahil sebenarnya boleh dilakukan. Andai orang lain boleh melakuannya, mengapa tidak Anda? Ini bukan membandingkan diri dengan sesiapa, tapi meniru semangat, inspirasi serta keberanian mereka. Kita tak perlu takut, sebab bila berdepan dengan ketakutan itu, kita akan menemui keberanian.Orang yang belajar berenang takkan pandai berenang jika dia tidak terus terjun ke kolam renang lalu terkapai-kapai mengapungkan diri. Bila dia kelam kabut menolak kaki dan menggerakkan walaupun dalam keadaan panik, lama-kelamaan dia akan perasan badannya mula mengapung lalu dari situ dia mengatur gerak supaya badannya terus terapung dan bergerak di dalam air.Orang yang belajar memandu kereta takkan pandai memandu jika dia tidak terus memegang stereng, menekan pedal minyak lalu memasukkan gear untuk menggerakkan kereta.Dia takkan tahu bila dia tak buat. Dia buat, supaya dia tahu, lalu dari situ timbul kepercayaan yang dia boleh buat. Sama juga dengan Anda, buat dulu, baru timbul kepercayaan yang Anda boleh buat.Kita perlu percaya dengan kebolehan diri, bakat yang ada dan potensi diri sendiri dalam usaha memburu kejayaan. Orang lain takkan fahami diri kita, hanya kita seorang saja yang benar-benar faham. Sebab itu, kita perlu percaya dengan potensi diri sendiri. Lawan ketakutan tu.Orang lain biasanya akan terus mengkritik. Seandainya kita mengikut kritikan yang mereka cakapkan, pasti kita takkan tahu apa yang kita mahu capai dan pasti kita hanya akan mengikut telunjuk orang lain.Akhirnya, kita tak tahu ke mana mahu di tuju lalu hidup kita berakhir tanpa pencapaian apa-apa. Itu berlaku kerana kita tidak percaya dengan kebolehan diri, bakat serta potensi yang ada.Anda perlu gali kekuatan Anda, tahu bakat Anda dan fahami potensi Anda. Orang lain takkan menggali ketiga-tiganya untuk Anda, mesti Anda yang menggalinya sendiri.Ada kuasa terpendam dalam diri kita semua. All you have to do in RELEASE it!Lepaskan saja 'kuasa' tu. Biar ia tunjukkan jalan kejayaan pada Anda!

Elemen APC MALCON 2 UNIFIL: Terkorbannya Mendiang Kpl Jun Ak Sang-Satu Kehilangan Besar Kepada Negara


Seorang anggota Pengaman Kontinjen Malaysia (Malcon) II Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa Bersatu di Lebanon (UNIFIL) daripada Elemen APC terbunuh manakala lima rakan setugasnya cedera dalam kemalangan jalan raya di Srifa, 20 km di barat daya Kaokaba, Lebanon pada 16 Mei 08.Anggota tentera yang terkorban itu adalah Kpl Jun Anak Sang dari Sri Aman, Sarawak yang mati di tempat kejadian.Rakan Kpl Jun yang cedera parah dikenali sebagai Sjn Udara Zaidil Bojei dari Tentera Udara Diraja Malaysia Bukit Jugra, Selangor dan empat lagi anggota tentera yang berada di dalam kenderaan APC yang terlibat dalam kemalangan itu iaitu Sjn Syamsul Kemal Abdul Rahman, LKpl Kanan Ahmad Firdaus Tajuddin, Tpr Romei Anak Minit dan Prebet Zulhilmi Mohamed hanya mengalami cedera ringan.Kejadian berlaku 12.20 tengah malam (17 Mei) waktu Malaysia atau 7.20 malam waktu tempatan (16 Mei). Keenam-enam anggota pengaman itu dalam tugas mengiring pengambilan anggota Malcon 2 dari Kaokaba ke Beirut.Kenderaan APC Condor itu terbalik semasa menaiki bukit.Penghantaran balik mayat mendiang Jun telah diuruskan oleh pasukan UNIFIL Lebanon.Mayat mendiang telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum diterbangkan semula ke Kuching, Sarawak.Mayat mendiang telah diiringi oleh Ketua Elemen APC MALCON 2 UNIFIL sendiri iaitu Mej Mohd Fadzil bin Hj Ngadiman sepanjang perjalanan dari Beirut ke Malaysia sehinggalah upacara pengkebumian selamat dijalankan.

Isnin, 21 Julai 2008

HARI PERTAMA SERAH MENYERAH MALCON 2/3 TELAH BERMULA

Hari ini Isnin, 21 Jul 2008 merupakan hari pertama serah menyerah bermula diantara Elemen APC MALCON 2 UNIFIL dan Elemen APC MALCON 3 UNIFIL. Setelah sebentar tadi sebahagian daripada mereka ke Markas Sektor Timur UNIFIL yang terletak lebih kurang 8 km dari Kem MALCON, Kaokaba untuk membuat kad pengenalan UNIFIL. Untuk hari ini, sebanyak 6 buah kenderaan APC radpanzer Condor 4x4 telah dibuat penyerahan kepada MALCON 3. Proses serah menyerah APC dilakukan di garaj Kenderaan A, Kem MALCON. Turut berada semasa proses serah menyerah kenderaan tersebut adalah Ketua Elemen APC MALCON 2, Mej Mohd Fadzil bin Hj Ngadiman dan Ketua Elemen APC MALCON 3, Mej Mohd Rosle bin Mat Lela. Sebahagian lagi kenderaan APC akan dibuat serah menyerah pada keesokan hari.

Ahad, 20 Julai 2008

Perigicash.com

Tak rugi mencuba...ramai yang dah mendapat pulangan...layari http://www.perigicash.com/?ref=FadzilNgadiman

MALCON 3 SELAMAT SAMPAI DI LUBNAN

Hari ini Ahad 20 Jul 2008, kumpulan pertama MALCON 3 memulakan hari pertama mereka di bumi Lubnan. Sesampainya mereka di Kem MALCON di Kaokaba ini, kumpulan tersebut telah disambut meriah oleh Komander dan warga MALCON 2. Ketibaan mereka telah diketuai oleh Kol Ezam selaku Komander MALCON 3 diiringi dengan 7 buah bas UNIFIL yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Rafik Hariri di Beirut pada jam 7 ptg. Mereka telah sampai di Kem MALCON pada jam 12.30 pg dan diberikan jamuan makan malam sebelum diarah untuk memunggah barangan dan peralatan yang dibawa menggunakan kontena UNIFIL. Kumpulan terakhir MALCON 3 akan tiba di Lubnan pada 29 Jul 2008, seterusnya mengambil alih tugas daripada MALCON 2. Manakala bagi kumpulan pertama MALCON 2 pula, mereka kini telah berlepas ke Malaysia pada jam 3 pg waktu tempatan dengan kekuatan seramai 160 pegawai dan anggota. Penerbangan dari Beirut itu akan terus mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

MOTIVASI#1

Bagaimana Nak Ubah Negatif Menjadi Positif.

Kebanyakan kita susah mengubah fikiran menjadi lebih positif sebab kita terlalu banyak mendekatkan diri dengan perkataan-perkataan yang mencetuskan emosi negatif, lalu bersarang di memori kita.
Akibatnya, kita susah nak lupa lalu susah untuk merubah diri kita menjadi orang yang berfikiran positif.
Dari mana perkataan negatif tu muncul? Kebanyakannya dari berita, terutama politik, permusuhan, jenayah, ketidakpuashatian dan isu-isu hangat.
Seringkali bila memperkatakan tentang sesuatu isu yang muncul di berita, kita jadi sakit hati, geram, kurang puas hati dan tidak setuju. Itu semua adalah emosi-emosi negatif.
Dalam tak sedar, kita dah melatih minda supaya fokus pada yang negatif saja.
Kesannya, apa saja yang kita lihat, fikir, dengar, lihat dan rasa adalah yang negatif. Sebab, minda kita dan terlatih untuk memandang aspek-aspek negatif saja dari pembacaan, pendengaran, perbincangan dan pemerhatian kita. Bayangkan jika Anda melakukan hal ini bertahun-tahun lamanya sepanjang Anda bekerja.
Sometime, kita lagi suka berbincang hal-hal negatif bersama kawan-kawan tanpa menyedari kesannya. Bila fikiran negatif dah bersarang, perangai kita juga lebih cenderung menjadi negatif.
Kita jadi pemarah, pendengus, pengomplen, kuat melawan dan tak mahu mendengar kata.
Bagaimana kita nak mengubah ni semua? Jauhkan diri dari perkataan-perkataan yang mencetuskan emosi negatif, terutama yang muncul di berita seperti saya katakan tadi.
Selepas itu, dekatkan diri dengan perkataan-perkataan positif yang Anda boleh dapati melalui artikel-artikel pembangunan diri, motivasi, CD ceramah dan video-video pakar motivasi yang banyak terdapat di pasaran. Hampirkan diri sehampir yang mungkin supaya Anda menjadi orang berfikiran positif, sepositif yang mungkin.
Hidup menjadi lebih cemerlang bila kita berubah menjadi orang berfikiran positif, bertindak positif dan berkata yang positif.
Ia juga membentuk kita menjadi lebih kuat berdepan apa jua cabaran.

Dipetik dari:iMotivasi-shueqry@gmail.com

BOTH COMMANDER- MALCON 2 AND APC ELEMENT

Gaya dua orang komander.. Komander MALCON 2, iaitu Kol Azmy bin Hj Yahya dan Komander Elemen APC, iaitu Mej Mohd Fadzil bin Hj Ngadiman. Gambar ini dirakam selepas joyride MBT (Main Battle Tank) Leclerc buatan France di Kem Franbatt UNIFIL pada 14 Jul 2008 yang lalu. Perhatikan di belakang pegawai-pegawai tersebut, MBT Leclerc salah sebuah tank yang digunakan oleh QRF (Quick Reaction Force) UNIFIL di Selatan Lubnan. Kol Azmy merupakan bekas Pegawai Memerintah 19 RAMD (Mekanise) dan Mej Mohd Fadzil merupakan Pemimpin Skuadron Armor di Rejimen Ke 2 Kor Armor DiRaja sebelum bertugas di dalam misi PBB ini. Pengalaman menaiki MBT Leclerc dengan joyride bersama-sama krew MBT tersebut merupakan antara pengalaman yang sukar dilupakan di Lubnan semasa bertugas bersama-sama pasukan UNIFIL dari negara-negara lain. Dengan sistem persenjataan, automotif dan komunikasi serta sistem perkomputeran dalam mengendalikan MBT tersebut, saya dan Komander MALCON 2 begitu terpegun semasa berada di dalam MBT tersebut. Taklimat dan penerangan berkaitan MBT tersebut telah dilaksanakan oleh Komander Franbatt kepada kedua-dua Komander MALCON 2 dan Komander Elemen APC MALCON 2 itu sebelum joyride dilaksanakan.
Posted by: Mej Mohd Fadzil bin Hj Ngadiman, Ketua Elemen APC, MALCON 2 UNIFIL.

Sabtu, 19 Julai 2008

SEHARI SEBELUM KUMPULAN PERTAMA MALCON 2 UNIFIL MULA MENINGGALKAN BUMI LUBNAN

Hari ini Sabtu, 19 Julai 2008. Esok merupakan hari terakhir bagi pegawai-pegawai dan anggota-anggota MALCON 2 UNIFIL kumpulan pertama bertugas di bumi Lubnan ini. Setelah genap 9 bulan MALCON 2 bertugas disini kini tiba masanya untuk mereka meninggalkan Kem MALCON di Kaokaba yang terletak di daerah Hasbaiya, Selatan Lubnan. Sepanjang hari tadi mereka sibuk memunggah peti-peti dan tong-tong untuk dimasukkan ke dalam kontena sebelum dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Rafik Hariri di Beirut. Pegawai-pegawai dan anggota-anggota cuma dibenarkan membawa 3 buah beg peribadi sahaja untuk dibawa balik ke tanahair. Beg-beg tersebut mestilah mempunyai berat tidak lebih daripada 50 kg bagi setiap anggota.
Penerbangan balik ke Malaysia bagi 160 pegawai dan anggota MALCON 2 bagi kumpulan pertama ini dijadualkan pada 21 Julai 2008 jam 3 pagi dan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Rafik Hariri. Pengganti kepada MALCON 2 iaitu MALCON 3 dijangka sampai di bumi Lubnan pada 20 Julai 2008 lebih kurang jam 7 ptg waktu tempatan. Proses serah menyerah antara MALCON 2 dan MALCON 3 telah dirancangkan selama lebih kurang seminggu sebelum perbarisan serah menyerah Komander MALCON dilakukan pada 27 Julai 2008 di Kem MALCON, Kaokaba ini. Kumpulan Induk MALCON 2 pula akan mula meninggalkan Kaokaba pada 30 Jul 2008 dengan kekuatan seramai 197 pegawai dan anggota.

Posted by: Mej Mohd Fadzil bin Hj Ngadiman, Ketua Elemen APC MALCON 2 UNIFIL.