Ahad, 20 Julai 2008

MOTIVASI#1

Bagaimana Nak Ubah Negatif Menjadi Positif.

Kebanyakan kita susah mengubah fikiran menjadi lebih positif sebab kita terlalu banyak mendekatkan diri dengan perkataan-perkataan yang mencetuskan emosi negatif, lalu bersarang di memori kita.
Akibatnya, kita susah nak lupa lalu susah untuk merubah diri kita menjadi orang yang berfikiran positif.
Dari mana perkataan negatif tu muncul? Kebanyakannya dari berita, terutama politik, permusuhan, jenayah, ketidakpuashatian dan isu-isu hangat.
Seringkali bila memperkatakan tentang sesuatu isu yang muncul di berita, kita jadi sakit hati, geram, kurang puas hati dan tidak setuju. Itu semua adalah emosi-emosi negatif.
Dalam tak sedar, kita dah melatih minda supaya fokus pada yang negatif saja.
Kesannya, apa saja yang kita lihat, fikir, dengar, lihat dan rasa adalah yang negatif. Sebab, minda kita dan terlatih untuk memandang aspek-aspek negatif saja dari pembacaan, pendengaran, perbincangan dan pemerhatian kita. Bayangkan jika Anda melakukan hal ini bertahun-tahun lamanya sepanjang Anda bekerja.
Sometime, kita lagi suka berbincang hal-hal negatif bersama kawan-kawan tanpa menyedari kesannya. Bila fikiran negatif dah bersarang, perangai kita juga lebih cenderung menjadi negatif.
Kita jadi pemarah, pendengus, pengomplen, kuat melawan dan tak mahu mendengar kata.
Bagaimana kita nak mengubah ni semua? Jauhkan diri dari perkataan-perkataan yang mencetuskan emosi negatif, terutama yang muncul di berita seperti saya katakan tadi.
Selepas itu, dekatkan diri dengan perkataan-perkataan positif yang Anda boleh dapati melalui artikel-artikel pembangunan diri, motivasi, CD ceramah dan video-video pakar motivasi yang banyak terdapat di pasaran. Hampirkan diri sehampir yang mungkin supaya Anda menjadi orang berfikiran positif, sepositif yang mungkin.
Hidup menjadi lebih cemerlang bila kita berubah menjadi orang berfikiran positif, bertindak positif dan berkata yang positif.
Ia juga membentuk kita menjadi lebih kuat berdepan apa jua cabaran.

Dipetik dari:iMotivasi-shueqry@gmail.com

Tiada ulasan: