Selasa, 22 Julai 2008

Elemen APC MALCON 2 UNIFIL: Terkorbannya Mendiang Kpl Jun Ak Sang-Satu Kehilangan Besar Kepada Negara


Seorang anggota Pengaman Kontinjen Malaysia (Malcon) II Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa Bersatu di Lebanon (UNIFIL) daripada Elemen APC terbunuh manakala lima rakan setugasnya cedera dalam kemalangan jalan raya di Srifa, 20 km di barat daya Kaokaba, Lebanon pada 16 Mei 08.Anggota tentera yang terkorban itu adalah Kpl Jun Anak Sang dari Sri Aman, Sarawak yang mati di tempat kejadian.Rakan Kpl Jun yang cedera parah dikenali sebagai Sjn Udara Zaidil Bojei dari Tentera Udara Diraja Malaysia Bukit Jugra, Selangor dan empat lagi anggota tentera yang berada di dalam kenderaan APC yang terlibat dalam kemalangan itu iaitu Sjn Syamsul Kemal Abdul Rahman, LKpl Kanan Ahmad Firdaus Tajuddin, Tpr Romei Anak Minit dan Prebet Zulhilmi Mohamed hanya mengalami cedera ringan.Kejadian berlaku 12.20 tengah malam (17 Mei) waktu Malaysia atau 7.20 malam waktu tempatan (16 Mei). Keenam-enam anggota pengaman itu dalam tugas mengiring pengambilan anggota Malcon 2 dari Kaokaba ke Beirut.Kenderaan APC Condor itu terbalik semasa menaiki bukit.Penghantaran balik mayat mendiang Jun telah diuruskan oleh pasukan UNIFIL Lebanon.Mayat mendiang telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum diterbangkan semula ke Kuching, Sarawak.Mayat mendiang telah diiringi oleh Ketua Elemen APC MALCON 2 UNIFIL sendiri iaitu Mej Mohd Fadzil bin Hj Ngadiman sepanjang perjalanan dari Beirut ke Malaysia sehinggalah upacara pengkebumian selamat dijalankan.

Tiada ulasan: