Sabtu, 22 Januari 2011

Menghubungi Seseorang Di Lubnan – Bulan Pertama

Bulan pertama di Lubnan memang agak sibuk. Apa tidaknya. Perubahan dari cuaca, persekitaran, budaya, geografi dan pelbagai lagi perbezaan menjadikan ianya adalah faktor utama untuk menyesuaikan keadaan dalam melaksanakan tugasan harian. Namun begitu, setelah tugas-tugas menjadi rutin, ianya akan menjadi lebih mudah dan terbiasa. Walaubagaimanapun kesibukan tugas-tugas yang tidak dijangka sering terjadi kerana tugas-tugas pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di sana adalah dibawah kawalan pihak United Nation. Pada peringkat awal ini, emel adalah cara paling mudah dan sesuai untuk menghubungi seseorang di Lubnan. Saya rasa internet di kawasan misi sekarang ini tidak menjadi masalah. Setiap kem tentera mempunyai akses kepada internet. ‘Skype’ juga boleh digunakan untuk berhubung secara terus di antara seseorang di Malaysia dengan seseorang di Lubnan dengan video application secara percuma. Selain dari itu, melalui pengalaman saya, berhubung melalui handfon juga boleh dibuat tanpa sebarang masalah.

Tiada ulasan: